AKU DAH JADI PELAJAR TINGKATAN 6
Tuesday, 8 May 201217:32
Assalamualaikum dan salam ceria buat semua pembaca... (^_^)
Kelmarin (08 Mei 2012) adalah detik yang paling bersejarah dan bermakna dalam hidup saya.
Bukan sebab saya dah kahwin. Bukan juga menang loteri. Bukan juga menang hadiah pergi Disneyland. Tapi sebab saya sudah mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 6. Alhamdulillah...~
Tapi awal-awal lagi dah banyak dugaan walaupun baru PENDAFTARAN.
Sebab tahun nie peraturan sekolah lebih ketat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebab itu lah banyak pelajar yang tak sudi masuk Form 6 kot? Haha... Sebab masih kena layan macam budak-budak Form 1-5. (>"<)
Tapi disiplin adalah asas kejayaan.. Kalau kita dapat ikut peraturan luaran yang ditetapkan, secara automatik kita sudah berlatih untuk mendisiplinkan diri melalui dalaman. So, jangan merengek kalau peraturan tue ada.
Phew...sebenarnya kelmarin macam ikut marathon pula. Sebab kena tiga kali pulang rumah then tiga kali juga kena pergi ke pekan.
Nie disebabkan kasut 'bertuah' nie. Huhu... (T^T) Tahun nie kitorang tak boleh pakai kasut kulit lagi.
Mesti kasut hitam lagi bertali. (>"<)
Yang paling kesiannya, pelajar dari Bundu Tuhan. Coz dorang terpaksa beli kasut baru dan pulang rumah trus.
Kaya lah tauke kedai kasut.
Ada hikmah juga kan?
Tapi kelmarin saya terpaksa mohon khidmat bantuan daripada adik saya untuk pakai kasut bertali. Sebab saya tak reti sangat pakai kasut bertali. kali pertama dan terakhir saya pakai kasut bertali adalah masa Darjah Lima. XD
Bila login FB pagi-pagi.. Memang beruk pun tidak akan terkejut bila banyak yang merungut pasal pemeriksaan pemakaian kelmarin.
Cuaca Kundasang pada awal pagi.. Di Pekan. |
Yeay!!! pi sekolah!! |
Jadi budak sekolah balik.. |
Peace~ |
0 What's Your Comment?