ALLAH LEBIH SAYANG PADA MU....
Friday 6 July 201219:27
Pada 3 Julai yang lalu, keluarga kami telah kehilangan seseorang yang sangat bermakna dalam hidup kami. Dan dia juga seseorang yang saya sangat sayang..
Hari itu, saya pergi ke sekolah seperti biasa.. Mas cakap dia rasa tak sedap hati. Dia cakap macam ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Tapi saya pula tak rasa apa-apa. Jadi, bila masa pulang, dia tak rasa resah lagi.
Bila saya masuk rumah, saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena.
"Abah sudah bagi tau?"
Bila ummi tanya macam tue, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya dapat tahu dari ekspressi ummi.
"Belum....."
"Adin sudah tiada..."
"........."
"Dia tiba-tiba mengadu pening pastu muntah-muntah. Bila sampai di hospital, subuh tadi dia koma. Tengah hari tadi....."
Saya tidak tahu apa reaksi mau buat. Masa tue ummi pun menangis. Saya tahu hal nie akan terjadi juga. Dia sudah lama menanggung kesakitan. Allah lebih menyayangi dia. Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.
Saya rasa saya kuat untuk menghadapinya.
Tapi bila kami sampai di kampung masa tue.. Waktu tue sudah hampir jam 1 pagi. Bila saya masuk ke rumah. Saya rasa saya sudah tidak dapat menahan sebak. Macam hati saya berkecai masa tue. Ini lah kali pertama saya rasa sedih macam nie.
Arwah Adin masa kecil. (tengah) |
Saya duduk di sebelah jenazah arwah. Saya cuba untuk kumpul kekuatan. Saya cuba untuk tidak menangis. Tapi akhirnya saya menangis juga. Masa tue ummi sempat tengok wajah arwah..
"Macam dia sedang tidur..."
Tapi saya tidak begitu tabah untuk melihat wajah arwah untuk kali terakhir. Bila saya mula kan bacaan Yaasin, saya masih tidak boleh berhenti menangis. Jadi bacaan Yaasin diselangi dengan sedu sedan.
Saya dapat merasakan dia pun ada disana.. Jadi bila sampai ayat ke-40, saya rasa semakin tenang. Bila habis bacaan Yaasin, saya berdoa.. "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kamu..."
Senyumannya inspirasi kami... |
Jam 2 pagi hari tue, baru saya dapat melelapkan mata. Masa hampir syuruk baru bangun. Nasib sempat solat Subuh..
Sepanjang hari saya cuba menyibukkan diri di dapur. Semua kerja kalau boleh saya nak buat. Sampai kesakitan di lutut pun saya boleh lupa. Walaupun saya berdiri beberapa jam, kesakitan tue saya tak rasa.
Saya tetap tidak dapat gagahkan diri untuk tatap wajah arwah sehingga lah arwah di bawah ke tempat perkebumian. Masa solat Zohor, saya terhidu bau kapur barus yang kuat.
Semua orang sebak. Hanya ada wajah yang sugul masa tue.
"Saya tidak akan menangis lagi.."
Itu yang saya cakap..
Tapi bila ummi cerita tentang hal sehari sebelum dia 'pergi'... Dia berbual dengan Ugou masa tue.
"Kenapa lah si Boboy tidak pulang. Saya rindu betul dia. Kalau berjumpa kalau boleh saya mau peluk dia. Saya mau 'jalan' sudah nie..."
"Aizz...jangan lah cakap begitu. Mama sayang kau.. Kami pun sayang kau.."
"Tapi apa boleh buat kalau sudah sakit begini?"
Saya menangis lagi bila dengar cerita tue..
Mereka adik beradik yang rapat. Ugou dan Adin adalah antara pesakit thalassemia. Jadi mereke selalu ke hospital bersama-sama. Walaupun Ugou, Adin dan Boboy selalu bergaduh, tapi mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Pernah satu hari tue, masa Boboy dan Adin bergurau mesra.
"Adin, kau tau kah yang si Naya cakap ada jawatan kosong?"
"Apa tue?"
"Kira biji nangka..."
"....."
Masa tue saya ketawa terbahak-bahak dengar lawak dorang. Arwah memang seorang yang ceria dan suka buat lawak. Dia ada banyak kawan-kawan sebab dia baik dengan semua orang.
Malam itu, bila terkenang pada dia... Saya menangis sepuas hati saya. Nasib baik masa tue Mas berusaha menenangkan saya walaupun menggunakan SMS sahaja.
Baru saya tahu,,, Kita tahu betapa sayangnya kita pada seseorang itu bila seseorang itu sudah tidak ada lagi disamping kita untuk selama-lamanya.
Saya anggap arwah macam abang sendiri.. Saya dan Boboy seusia jadi dia jaga kami berdua. Bila saya dan Boboy bergaduh, tidak kira siapa salah, dia selalu menyebelahi saya.
Dia suka memasak dan masakan memang sedap. Dia juga lah orang pertama yang puji masakan saya sedap dan suka makan masakan saya.
Ya Allah.. Bila ingat semua tue saya rasa sebak balik..
Bila ingat dia ketawa... Dia ketawa semahunya.. Cara ketawanya juga lucu.. Boleh berjangkit..
Bila dia masaak mee segera, mesti dia bagi saya rasa sikit.
Bila dia memasak, dan kalau masa tue saya ada di sana, dia mesti suruh saya rasa dulu.
Bila saya memasak, dia selalu cakap..
"Wah...~ Kalau Nonong yang masak, mesti sedap nie..."
Macam rasa tidak percaya dia sudah pergi selamanya. Ya Allah, beri lah kekuatan hati kepada kami semua...
Tapi ini semua ketentuan daripada Allah, jadi kena lah redha. Yang saya mampu buat untuk dia cuma berdoa...
Al-Fatihah...!
0 What's Your Comment?