Teknik Belajar?
Thursday 26 January 201200:19
TEKNIK BELAJAR YANG BETUL? (0_0)”
Ehemm…~ Masa saya masih lagi bergelar student, selalu juga jadi ringan tulang untuk cari tip-tip belajar, lepas tue print out.. Pastu compiled dalam satu file jak… But guess what??
Akhirnya, awal-awal jak rajin mau praktikkan semua tak lama lepas tue… Tarings dah tercabut… Biasalah…~ M.A.L.A.S punya pasal…~
Tapikan bila saya baca semua tip belajar, hamper semua SAMA SAHAJA…~ Jadi, saya nak share mana tip yang saya rasa betul-betul berkesan.. Itu pun bila saya praktikkan tip-tip yang tertentu sahaja.. Saya nak tegaskan yang tidak semestinya tip yang saya gunakan nie pun selesa dipraktikkan oleh individu lain… Sebab, tiap orang kan ada style dorang sendiri… (^~^)
MIND-SETTING
First of all, kita mesti ada sasaran dan tujuan kenapa kita mau belajar? Mau masuk Universiti? Atau sebab terpaksa? Sebab boyfriend kita yang bagi galakan? Nie kena ingat , tekanan dari luar, iaitu dorongan oleh orang lain tak kekal.. Tapi bila kita ada goal sendiri, ianya lebih tahan lama… Macam bateri EVERYDAY pula… XD
Caranya?
Lekatkan gambar atau kata-kata yang mampu beri semangat kepada diri kita di tempat yang mudah dilihat. Contohnya, bila kita nak jadi seorang ahli geologi, lekatlah gambar seorang ahli geologi atau kata-kata macam..: “SEPULUH TAHUN AKAN DATANG SYA MESTI JADI SEORANG AHLI GEOLOGI YANG TERHEBAT!”
Memang berkesan sebab dulu saya lekat poster Inuyasha betul-betul di depan meja studi.. Saya ssssaaaannnggggaaatttt lah minat manganime tue smpai mendorong saya untuk belajar sungguh-sungguh supaya dapat sambung belajar di Jepun nanti… Haha..~ (^_^)
KONSISTEN DALAM TEMPOH BELAJAR
At least, belajar 3 jam dalam sehari..~ Setiap sejam, ambi masa selama 10 minit untuk rehat…~ Jangan pula baring-baring!!!! Takut ada yang ternganga sebab tidur syok sangat~
Lepas tue, kalau sebelum ini anda adalah jenis yang malas belajar… Apa kata mulai hari ini, paksalah diri tue untuk study sejam dalam sehari… Kemudian, tingkatkan pi sejam 30 min dan sekian-sekian….~ Paling penting, kalau belajar, tentukan waktunya…
Contohnya, jam 8-10 malam adalah untuk study..~ kalau mata mudah ngantuk time tue, tidur awal, bangun pun awal.. Cam jam 3 gitu..~ kalau yang Muslim tue, buatlah solat malam dulu, berdoas upaya mudah terima ilmu…
Saya lebih suka studi time camtu sebab mudah masuk otak… hehe..~
MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN BERIADAH
Penting tau!! Sebab kalau terlalu rajin makan mee segera saja pastu mengular jak kerja, gerenti otak akan jammed…~ XD
BUAT STUDY GROUP
Memang syok nak buat study group nie, tapi SUSAH juga sebenarnya. Tue yang pentingnya pilih kawan yang betul-betu lfocus untuk study sahaja. Supaya time study nanti tidaklah kamu jadi juruhebah tidak bertauliah… XD
RELAK SEBENTAR ~
Jangan terlampau paksa diri untuk belajar!! Luang kan masa untuk buat sesuatu yang disukai… Macam main game… Tengok Spongebob…~ Hehe..~
BERI PERHATIAN SEPENUHNYA MASA CIKGU MENGAJAR DAN JANGAN MALU BERTANYA~
Inilah paling penting dalam proses pembelajaran. Dan paling berkesan! Saya sendiri sudah merasai keberkesanan cara ini.. Terutamanya dalam subjek Sejarah, Add Math dan subjek-subjek lain.. Malahan, masa exam pun masih boleh ingat lagi!
Kalau ada yang tidak difahami, terus Tanya! Jangan tangguh! Jangan fikir yang kita sendiri boleh fahamkan tentang benda tue sendiri. Bila banyak yang kta tidak faham, itu boleh buat kita lemah semangat untuk belajar… Jadi, BERTANYALAH!!!
Jangan malu!!! Sebab rakans ekelas anda yang lain pun berharap anda akan bertanya dan mereka dapat tumpang mendengar penerangan yang diberikan oleh cikgu..
BANYAKKAN LATIHAN!!
Apa-apa subjek sekali pun, kita kena buat banyak latihan!! Kalau boleh, buat latihan dari buku teks dan soalan-soalan topikal. Tiap hari mesti banyak buat latihan Add Math dan Math. Sekurang-kurangnya 30 min sehari…
Masa exam betul-betul dah dekat, banyak buat latihan dari soalan-soalan sebenar exam.. Pastu download kertas trial terbaru dari negeri-negeri lain dan juga SBP. Ada juga soalan dari semua trial tue keluar dalam exam.
Cuma BM dan BI lain sket… Dalam subjek nie, kena rajin MEMBACA dan MENULIS~
BERSIHKAN HATI…BANYAKKAN BERDOA~
Jaga hati! Jga hubungan dengan DIA dan makhluk-makhluk-NYA, terutama ibu bapa dan guru. Berdoalah dengan sepenuh hati..
Jadi, sekian sahaja dari saya untuk kali ini… harap-harap mampu dimanfaatkan..~ Buat calon-calon UPSR, PMR & SPM, sebenarnya semua exam nie mudah saja… Tapi bergantung dengan kita…
0 What's Your Comment?