MASALAH.MASALAH.MASALAH.
Thursday 30 August 201202:49
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua!!~ (^,^)
Manusia tidak pernah
sepi daripada masalah. Kalau
tiada masalah, bukan
manusia namanya tue.
Lagipun siput sendiri ada
masalah tau!
Bila ada masalah atau
dugaan, maknanya kita
sedang diuji oleh-NYA. DIA
nak tengok kalau-kalau kita
nie makhluk yang
ingat pada-NYA atau
sebaliknya. Jangan mengeluh
bila ada masalah. Orang
lain yang ada
masalah yang lebih
besar masih mampu
tersenyum dan buat
orang lain tersenyum. Awak?
Masalah kecil pun
buat muka monyok
semacam. Lepas tue,
marah dengan semua
orang. Layan orang
lain dengan buruk.
Alahai…!~ Tak hairan lah kalau
orang lain menyampah kat
awak. Jangan-jangan isteri
pun tak tahan.
Isk…! Isk…! Isk….!
Jangan-jangan
siput pun menyampah kat
awak tau? Tak
selera nak tengok
muka monyok yang
lain macam tue
tau.
Saya pun pernah
berkelakuan begini masa
ada masalah. Yang
jadi mangsa biasanya orang
terdekat saya. Dulu,
teruk betul saya
layan Mila, padahal
dia langsung tiada
kaitan dengan masalah
saya. Bila dia
bercakap saya buat
dek jer. Saya
sengaja sakitkan hati
dia. Sebab kenapa? Sebab
saya mahu lepaskan tekanan saya.
Akhirnya, saya rasa
sangat bersalah. Sebab
saya hampir hilang
kawan gara-gara saya
tidak kendalikan emosi.
(>,<) *kepada sesiapa yang
ada nasib
yang sama macam
Mila. MINTA MAAF…*
Bila ada
masalah dalaman (masalah
keluarga), biasanya saya
diamkan jak. Jarang
saya ceritakan dengan
kawan-kawan apatah lagi
orang lain. Apatah
lagi bulan Julai
lalu saya kehilangan dua
orang tersayang, belum
tambah dengan masalah keluarga yang
lain. Terus-terang memang
tekanan. Tapi ada
tip-tip yang bermanfaat untuk
diamalkan apabila rasa
tekanan sangat-sangat. Moga
berkesan dengan izin
ALLAH. (^_^) :
-
Ambil
wudhu’ dengan sempurna.
-
Solat
lima waktu jangan tinggal!
Inilah masa yang
sesuai untuk bebaskan
fikiran daripada sebarang masalah.
Mengadu kepada Allah
dengan sepenuh hati.
-
Baca
surah al-Insyirah. Kenapa? Cuba
hayati maksud ayat-ayatnya.
-
Bermain
dengan haiwan peliharaan.
-
Jangan
terperap dalam rumah
jer, cuba jalan-jalan sambil
tengok kehebatan ciptaan-NYA.
-
Catat
masalah sebagai luahan.
-
Jumpa
kaunselor.
-
Ingatlah
bahawa ada orang
yang lebih besar
masalahnya berbanding kamu.
Kalau kamu seorang
yang suka melepaskan tekanan
kepada seseorang bila
ada masalah. Hentikan! Kamu
menyebabkan orang terdekat kamu
kecil hati. Nanti
lama-lama awak pula
dapat balasannya. Karma
hidup kan?
Jadi, jangan kalah
dengan masalah! (^_^)
2 What's Your Comment?